Monday, November 9, 2009

Salam sume .....

Salam sume lama x tulis pape dlm blog sowie yer ..... anyhow yus busy jer kat facebook .... so nak carik Yus u all can go there je yra .... taip kat search tue Yus Ahmad .....

Sunday, August 23, 2009

Salam Ramadhan


Assalamualaikum buat sume teman2 di luar sana ....


Yus nak ucapkan salam Ramadhan buat sume teman Yus , kaum keluarga dan insan tersayang semoga Ramadhan kali ini ditempuhi dengan penuh kesyukuran dan keberkatan dr Ilahi .... KepadaNya lah sahaja kita mencari keredhaan di dunia dan akhirat kelak ..... Buat adik2 yang baru merasai nikmat berpuasa Yus ucapkan tahniah dan selamat berpuasa yea ....

Monday, August 17, 2009

Movie ..... "The Proposal"


"The Proposal" focuses on an arranged marriage, this time between a demanding female boss (Bullock) faced with deportation who agrees to a sham engagement and marriage with her young stressed out and henpecked male assistant (Reynolds) to avoid being sent back to Canada.

Sunday, July 12, 2009

Selamat Hari Jadi T.Y.T Tun Abdul Rahman Abbas


Assalamualaikum ,


Yus sebagai anak jati pulau Mutiara ingin merakamkan setinggi ucapan tahniah kepada Tun di atas sambutan Hari Jadi Tun pada hari Sabtu yang lalu .... Semoga Tun akan kekal sihat memerintah rakyat Pulau Pinang . Yus juga berharap agar anak-anak muda Pulau Pinang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi .

Tuesday, June 30, 2009

Filem Transfomer ......


Yus , Sabtu lepas da pi tgk filem nie .... ok la banyak aksi ..... n yang penting teknik computernya yang canggih .... Org kita kena perhati tu btol2 n cubalah menghasilkan filem yang seumpama itu k .....


Movie Plot


Decepticon forces return to Earth on a mission to take Sam Witwicky prisoner, after the young hero learns the truth about the ancient origins of the Transformers. Joining the mission to protect humankind is Optimus Prime, who forms an alliance with international armies for a second epic battle.

Monday, June 29, 2009

11 Tips dalam berpasangan ......

Ianya amat-amat menarik dan bagus untuk dijadikan sebagai panduan bagi mereka-mereka yang sedang berpasangan.

1. Beriman

Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi

Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda

Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi

Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya

Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi

Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda

Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.


p/s: nak bagi tips lagi senang dari nak lakukannya.. :p

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day


Yus nak ucapkan salam dan selamat buat semua bapa di Malaysia khasnya buat abah tersayang En. Abu Zaik Ahmad ..... Semoga abah panjang usia , sihat sentiasa dan murah rezeki ... Amin ...

Monday, May 25, 2009

10 Petunjuk Anda Digoda Wanita

1. Dia Tidak Senang Duduk

Setengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya dengan sedikit usaha mampu membuahkan hasil. Biasanya tanda2 awal ini ditunjukkan dengan berjalan mudar mandir dibelakang anda atau secara tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar meminta maaf, itu adalah petanda yang perlu diambil tindakan segera.

Gambar Contoh
2. Tunjuk Minat

Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda mengatakan perkara yang tidak munasabah, dia masih memberikan pandangan membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Samada memang anda pandai berbicara atau dia menaruh minat yang mendalam terhadap anda. Lebih2 lagi dia bermain2 dengan rambutnya sambil tersenyum manja setiap kali berbicara.

3. Dia Mahukan Kesinambungan

Mungkin sewaktu anda pertama kali bejumpa, anda tidak terus keluar dan menghabiskan waktu bersamanya. Anggaplah ia sebagai permulaan kepada perhubungan yang lebih intim. Jika dia mencadangkan pertemuan semula, percayalah...segalanya terserah kepada anda. Namun, jangan tunjukkan anda terdesak untuk bertemu dengannya. Berikan nombor telefon anda untuk menilai kesungguhannya.

4. Ingin Mengetahui Destinasi Anda Seterusnya

Pertemuan yang tidak dirancang biasanya singkat dan mungkin anda mempunyai tempat yang harus ditujui selepas itu. Jika dia beria-ria ingin mengetahui lokasi anda, kemungkinan untuk anda terserempak dengannya lagi adalah tinggi. Memang itu helahnya.

5. Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya

Bermakna anda telah diterima masuk ke dalam hidupnya. Salah satu sebab mengapa dia memperkenalkan kepada rakan2nya adalah untuk memberitahu bahawa "Ini aku punya!", dan satu lagi sebab adalah untuk mereka menilai diri anda. Jadi, pastikan anda menjaga hati rakan2nya, namun jangan sampai dia cemburu.

6. Dia Menjual Dirinya

Jika percakapan atau gerak gerinya menunjukan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung, dia ingin membuat anda terasa yang dirinya bebaloi untuk dimiliki, sekurang2nya untuk hari itu.

7. Bersikap Terbuka

Biasanya wanita tidak mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul2 berminat dan percaya anda, barulah segalanya akan diceritakan olehnya. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutam perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.

8. Dimatanya Hanya Anda

Di kelab-kelab atau parti, ada wanita yang hanya duduk menikmati suasana dan ada juga yang merayau2 seperti harimau mencari mangsa. Jika salah seorang kelihatan begitu tekun memerhatikan anda dan bertentangan mata beberapa kali bermakna dia menginginkan anda.

9. Membayangi Anda

Bukan mengatasi anda, tetapi seperti bayang2 anda. Kemana sahaja anda pergi, dia akan mengikut. dia juga menunjukkan minat yang mendalam terhadap percakapan anda walaupun tidak ada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya lemas dalam keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukan kemahuannya agar tidak lemas lagi.

10. Anda Diajak Ke Tempat Lain

Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi untuk bersama anda. Mungkin untuk berkenalan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaannya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda tidak lagi menjadi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai temannya untuk berapa lama tak penting. Jika anda masih buta dengan petanda ini, mungkin anda patut ulang baca artikel ini dari mula... hahahaha

p/s: goda jer jgn tergoda plak... terbaikkk wookkkkk.... hahahaha


Terima kasih pada sumber - Syah in friendster.com

Sunday, May 24, 2009

Filem .... Filem .... Filem .....


Hai .....

Yus ada tengok trailer filem 17 Again memang nampak macam best .... sedikit similar ngan filem 30 going 13 ...... Cume yang pandai nyer production nie ialah penggunaan pelakon Zac Efron sebagai penarik filem ini kira nya penyeri ler .... berikut di bawah ini ada sedikit ulasan tentang filem ini .....



Release Date: 11th June 2009
Language: English
Rating: U
Genre: Comedy
Starring:
Matthew Perry, Leslie Mann, Michelle Trachtenberg, Zac Efron
Directed by:
Burr Steers
Local Distributor:Golden Screen Cinemas




Mike O'Donnell was once the most popular guy in high school - handsome, charming, the star of the basketball team, with a college scholarship in his future and a lifetime of experience that baffles even his closest friends. That was then, this is now - or is it? A magical transformation finds Mike reliving his past in the present day as a 17-year-old in the same high school he attended 20 years ago. However, this time around, his own teenage kids are his peers and his wife is the unsuspecting object of his affection.

Wednesday, May 20, 2009

Exam .... exam ...

Sekarang skol Yus tengah exam , so dapatlah Yus rest jap ..... paper Yus ary Khamis kol 2 - 3 petang .... Yus harap students Yus dapat menjawab soalan yang Yus prepare ... So to all my students in Sri Olympia High School .. Good Luck to U All

Monday, May 18, 2009

Terima Kasih Cikgu .....




Assalamualaikum .....


Tahun ini kita menyambut Hari Guru serba sederhana tapi dengan azam untuk mendidik anak bangsa kita dengan lebih kuat lagi .... Yus juga nak ucapkan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada cikgu-cikgu Yus yang pernah mendidik Yus terutama dari SRK Francis Light 1988-1993 dan juga sekolah menengah Penang Free School 1994-2000 terima kasih cikgu . Yus juga nak rakamkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar , bekas pelajar dan sesiapa sahaja yang telah mengirimkan ucapan Hari Guru kat Yus ....


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



"Terima Kasih Cikgu"

Sunday, May 10, 2009

Sayang Mama ....


Assalamualaikum .....


Hye pe kabo ko org sume ..... Tahun ini Hari Ibu disambut sederhana tapi penuh makna . Yus pun sempat la bagi kek Hari Ibu kat mama Yus . Bukan benda yang ibu kita tunggu tapi ucapan dan kuncupan sayang dari anak-anak yang menjadi tanda betapa dalamnya kasih kita terhadap ibu . Tanpa insan ini yang sanggup bergadai nyawa maka kita tak kan ada di dunia ini . So dikesempatan ini Yus nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu di Malaysia dan terutama sekali kepada mama Yus tercinta Pn. Zunaidah Hj. Naikmat ..... Terima kasih mama kerana sabar menjaga dan membesarkan anak mu yang nakal ini .....

Monday, April 13, 2009

Hai sume .....


Dah lame tak post apa2 kan kekadang rasa boring gak ..... Ary2 datang sekolah then p tusyen balik umah tido .... esoknye sambung lagi rutin harian ... rase macam nak lari dari kesibukan ini dan pergi tah le memana je .... asalkan bebas dr masalah .... he he he .... Mungkin Yus perlukn seseorang utk luahkan apa yang trpendam d aty nie ..... biarlah masa yang menentukan segalanya ..... Yus tak mengeluh pada keadaan cuma inginkn sedikit ruang dan masa .... Sesekali Yus ingin rase macam kengkawan yg lain ada teman istimewa dan trsyang he he .... tp apa pun Yus ingin nyatakan d sini kalau U all ada apa2 share le ngan Yus .... Trima kasih ye pasal sudi bace and kongsi bersama .....

Sunday, April 5, 2009

Terima Kasih dan Tahniah buat YAB .....



Assalamualaikum ,




Yus dan seluruh rakyat Malaysia ingin merakamkan ucapan setinggi terima kasih dan penghargaan buat YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi di atas segala jasa dan sumbangan beliau dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri ke-5 Malaysia . Semoga Tun akan melalui saat-saat persaraan dengan bahagia bersama keluarga . Yus jugak nak ucapkan setinggi tahniah buat YAB Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak da atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 . Adalah besar harapan kami 26 juta rakyat Malaysia agar YAB dapat menjalankan pentadbiran negara yang telus dan berintegriti baik ......

Monday, March 23, 2009

Tahniah Sahabatku .... Akhirnya ......


Salam , lama benar rasanya Yus tak post apa2 kat blog yer .... Seminggu cuti sekolah yang lalu Yus busy ngan tusyen so tak ke mana2 pown .... Cuma Yus berkesempatan menghadiri majlis pertunangan sahabat Yus yang sorang nie kat Kangar , Perlis .... kirenya baik jugakla ngan Yus .... Dari sekolah menengah dulu ..... Da hampir 11 tahun yang lalu .... So di sini Yus nak ucapkan tahniah kat sahabat Yus nie .... Hazuar Abd. Aziz ngan pasangannya Siti .... Sori tak ingat nama penuh he he he .......... Yus doakan moga mereka sampai ke jinjang pelamin .... Amin .....

Wednesday, February 11, 2009

Haram Sambut Velentine's Day ... Wahai umat Islam sedarlah .....


VALENTINE’S Day atau ‘Hari Kekasih’ sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.
Tidak dinafikan manusia suka dikasihi dan mengasihi di antara satu sama lain. Golongan remaja adalah golongan yang sering kali dikaitkan dengan soal percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut serta taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat.
Ruangan Irsyad hukum kali ini akan membicarakan sama ada Valentine’s Day munasabah disambut sebagai hari kekasih atau tidak.
Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.
Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.
Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.
Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.
Dalam Islam ada tiga kategori kasih:
Pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya;
Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan
Ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.
Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.
Allah Subhanahu wataala menjelaskan tentang keagungan nikmat-Nya kepada ma-khluk-Nya melalui nikmat kasih sayang; yang tafsirnya:
“Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka.” (Surah Al-Anfaal: 63).
Dan tafsirnya lagi:
“Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.” (Surah Ali Imran: 103).
Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah Subhanahu wataala sangat mencela dan mengingatkan dengan keras tentang perpecahan sesama makhluk. Allah Subhanahu Wataala juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.
Kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan, tetapi kasih hamba kepada pencipta-nya dengan iman dan takwa, manakala kasih Pencipta kepada hamba berkekalan. Hal in jelas sebagaimana firman Allah subhanahu wataala yang tafsirnya
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 31).
Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh orang-orang Kristian, sebaliknya hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan apa jua pekara yang mendatangkan manfaat yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.
‘HARI Kekasih’ yang dibawa oleh orang-orang Barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan dan merosak akhlak masyarakat Islam, kerana senario menyambut ‘Hari Kekasih’ berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu apa yang lebih membimbangkan bukanlah setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab disko, tetapi kemungkinan adanya segelintir remaja yang sanggup menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kesetiaan.
Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya asing, Al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat Islam, bahawa orang Yahudi dan Kristian akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.’’ (Surah Al-Baqarah: 120-121)
Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang-orang Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.
Berbagai-bagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang-orang Islam, dan kerana ramai yang tidak menyedari hakikat ini maka bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka, semata-mata dengan alasan menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Hakikat ini wajib diketahui dan disedari; mana-mana yang terlanjur, wajib kembali ke jalan yang benar.
Oleh itu, sebagai orang Islam kita hendaklah membuat sesuatu perkara itu dengan mengikut landasan Islam yang sebenar. Mengamalkan adat dan budaya Melayu yang sopan lagi tertib tidaklah salah asalkan tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.
Islam sangat menitikberatkan soal remaja di antaranya bagaimana mengarah hala tuju tentang percintaan. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ada menyebutkan bahawa tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan atau lembayung Allah antaranya: Pemuda atau remaja yang sentiasa beribadat kepada Allah tidak kira pagi, petang, siang atau malam; seorang laki-laki apabila diajak oleh perempuan yang cantik jelita dan kaya raya untuk melakukan maksiat, dia menolak kerana takutkan Allah, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya:
“Tujuh orang yang dilindungi oleh Allah dalam naungan-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya iaitu: Imam yang adil, pemuda yang selalu beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang laki-laki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah,” seorang laki-laki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang sentiasa ingat kepada Allah (berzikir) di tempat yang sunyi sehingga matanya mengalir air mata.” (Hadis riwayat Bukhari).
Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa pemuda dan remaja yang hebat itu ialah pemuda yang tahan ujian dan mempunyai jati diri serta tidak mudah terpengaruh semata-mata cinta dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala.
Selain itu, Allah Subhanahu Wataala memberikan ganjaran dan petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala dengan membuat perkara yang disuruh dan menjauhi segala perkara yang dilarang-Nya. Perkara ini jelas sebagaimana kisah ashhab Al-Kahfi disebutkan dalam Al-Quran, Allah berfirman yang tafsirnya:
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar: Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” (Surah Al-Kahfi: 13).
Harus diingat mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya di dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran kerana perkara-perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang-orang Islam bahkan boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.
Sumber: Brunei Darussalam Mufti’s Office

Monday, February 2, 2009

Jubli Perak DYMM Sultan Perak


Assalamualaikum ....




Di sini Yus mengambil kesempatan mewakili seluruh rakyat Malaysia menyampaikan sembah tahniah kepada KDYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Syah , Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridduan serta seluruh jajahan takluknya di atas Perayaan Jubli Perak selama 25 tahun pemerintahan baginda Tuanku . Patik sekalian rakyat menyembahkan ucapan setinggi tahniah dan berdoa semoga Tuanku Sultan sihat sejahtera kekal bertakhta dengan gahnya di singgahsana Negeri Perak . Juga ucapan selamat buat Tuanku Raja Permaisuri Perak dan seluruh kerabat DiRaja Perak . Ampun Tuanku .




DAULAT TUANKU !

Tuesday, January 27, 2009

Happy Chinese New Year





Hye sume ... apa habaq ... ?






Yus nak ambik kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakan dan kenalan serta seluruh rakyat Malaysia berketurunan Cina yang menganut agama Buddha semoga tahun lembu kali ini bawa lebih banyak kemakmuran dan tuah yea ....



Gong Xi Fa Chai .....

Friday, January 9, 2009

Takziah buat Nubhan AF6


Salam ,

Dikesempatan ini Yus nak ucapkan takziah buat bintang yang kian meningkat namanya Nubhan dari rancangan realiti Akademi Fantasia 6 di atas pulangnya kerahmatullah ayahanda tercinta .... Moga Nubhan tabah menerimanya dan kita berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan di antara mereka yang soleh ... Amin

Wednesday, January 7, 2009

What A Happy Mood


Hai sume ..... ,


Today kan Yus rasa happy cause Yus dah dpt keje ..... Yus mula keje kat Sekolah Tinggi Sri Olympia ... so far ok le dari tak buat aper kan .... Yus jugak dah mula jadi tutor kat Pusat Tusyen Akhiar jadi dptlah side incame ye tak ... ? Apa pun Yus harapkan yang terbaik utk tahun 2009 nie .... Kawan-kawan di luar sana tolong doakan kejayaan Yus yer ....

Sunday, January 4, 2009

Happy Schooling .....

My university
My secondary school PFS


Hye ....


To all student in Malaysia ... I wish all of you a Happy Schooling day starting this Monday 5th of January 2009 .... Hope that your school session for this year will going smooth and full of joy with sweeet memories coming .... Remember to respect your teachers and study smart okey ... And not forgeting to my juniors at Tun Abdul Razak University ... Happy study and facing your new semester with lectures and assignments ....

Friday, January 2, 2009

Say No To War - No To Israel



Assalamualaikum .....


Seperti mana yang kita sedia maklum , katika ini pihak Israel lakhnatullah sedang mengganas di bumi Palestin dan membunuh ratusan manusia yang tidak bersalah ..... Oleh itu Yus menyeru seluruh umat manusia mengutuk serangan ini .... Kita semua tak mengira apa bangsa dan keturunan menentang keganasan yang membawa kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa ... Kepada bangsa Yahudi .... hanya kehancuran menanti anda ....


Allah HuAkhbar ..... Allah Maha Besar .....

Happy New Year 2009


Wow U Guys out there ......

Yus kat sini nak ucapkan Happy New Year 2009 kat korang sume .... Aper azam tahun nie ... and adakah azam tahun lepas dah tercapai .... apapun Yus harapkan yang terbaik 2009 nie moga tambah and murah rezeki dan dapat meningkatkan taraf hidup .... amin .... Jadikanlah tahun 2008 yang baru ja lepas sebagai pengajaran dan memori indah dan mulakanlah tahun 2009 ini dengan penuh semangat dan tekad untuk berjaya .

DYMM Tuanku Ja'afar Mangkat




Pada 27 Disember 2008 yang lalu , negera telah dikejutkan dengan kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Ibni Tuanku Abdul Rahman pada pukul 11.45 pagi . Baginda mangkat pada usia 86 tahun akibat angin ahmar . Baginda Tuanku adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan juga merupakan Yang DiPertuan Agong ke-10 Malaysia . Patik seluruh rakyat Malaysia menyembahkan ucapan Sembah Takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Najiah binti Tunku Besar Burhanuddin , Tuanku Ampuan Negeri Sembilan dan seluruh kerabat diRaja Negeri Sembilan Darul Khusus. Moga roh Al-marhum Tuanku dicucuri rahmat-Nya ....




~ Al-Fatihah~

Welcome frendzzz


Hai sume .... welcome to my blog and this will be my first post .... InsyAllah I will try my best to post any new update about me and around to all of u .... please feel free to contact me or give ur comment to me .... Hope to here something from u soon ...k ....