Monday, May 25, 2009

10 Petunjuk Anda Digoda Wanita

1. Dia Tidak Senang Duduk

Setengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya dengan sedikit usaha mampu membuahkan hasil. Biasanya tanda2 awal ini ditunjukkan dengan berjalan mudar mandir dibelakang anda atau secara tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar meminta maaf, itu adalah petanda yang perlu diambil tindakan segera.

Gambar Contoh
2. Tunjuk Minat

Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda mengatakan perkara yang tidak munasabah, dia masih memberikan pandangan membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Samada memang anda pandai berbicara atau dia menaruh minat yang mendalam terhadap anda. Lebih2 lagi dia bermain2 dengan rambutnya sambil tersenyum manja setiap kali berbicara.

3. Dia Mahukan Kesinambungan

Mungkin sewaktu anda pertama kali bejumpa, anda tidak terus keluar dan menghabiskan waktu bersamanya. Anggaplah ia sebagai permulaan kepada perhubungan yang lebih intim. Jika dia mencadangkan pertemuan semula, percayalah...segalanya terserah kepada anda. Namun, jangan tunjukkan anda terdesak untuk bertemu dengannya. Berikan nombor telefon anda untuk menilai kesungguhannya.

4. Ingin Mengetahui Destinasi Anda Seterusnya

Pertemuan yang tidak dirancang biasanya singkat dan mungkin anda mempunyai tempat yang harus ditujui selepas itu. Jika dia beria-ria ingin mengetahui lokasi anda, kemungkinan untuk anda terserempak dengannya lagi adalah tinggi. Memang itu helahnya.

5. Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya

Bermakna anda telah diterima masuk ke dalam hidupnya. Salah satu sebab mengapa dia memperkenalkan kepada rakan2nya adalah untuk memberitahu bahawa "Ini aku punya!", dan satu lagi sebab adalah untuk mereka menilai diri anda. Jadi, pastikan anda menjaga hati rakan2nya, namun jangan sampai dia cemburu.

6. Dia Menjual Dirinya

Jika percakapan atau gerak gerinya menunjukan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung, dia ingin membuat anda terasa yang dirinya bebaloi untuk dimiliki, sekurang2nya untuk hari itu.

7. Bersikap Terbuka

Biasanya wanita tidak mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul2 berminat dan percaya anda, barulah segalanya akan diceritakan olehnya. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutam perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.

8. Dimatanya Hanya Anda

Di kelab-kelab atau parti, ada wanita yang hanya duduk menikmati suasana dan ada juga yang merayau2 seperti harimau mencari mangsa. Jika salah seorang kelihatan begitu tekun memerhatikan anda dan bertentangan mata beberapa kali bermakna dia menginginkan anda.

9. Membayangi Anda

Bukan mengatasi anda, tetapi seperti bayang2 anda. Kemana sahaja anda pergi, dia akan mengikut. dia juga menunjukkan minat yang mendalam terhadap percakapan anda walaupun tidak ada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya lemas dalam keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukan kemahuannya agar tidak lemas lagi.

10. Anda Diajak Ke Tempat Lain

Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi untuk bersama anda. Mungkin untuk berkenalan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaannya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda tidak lagi menjadi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai temannya untuk berapa lama tak penting. Jika anda masih buta dengan petanda ini, mungkin anda patut ulang baca artikel ini dari mula... hahahaha

p/s: goda jer jgn tergoda plak... terbaikkk wookkkkk.... hahahaha


Terima kasih pada sumber - Syah in friendster.com

Sunday, May 24, 2009

Filem .... Filem .... Filem .....


Hai .....

Yus ada tengok trailer filem 17 Again memang nampak macam best .... sedikit similar ngan filem 30 going 13 ...... Cume yang pandai nyer production nie ialah penggunaan pelakon Zac Efron sebagai penarik filem ini kira nya penyeri ler .... berikut di bawah ini ada sedikit ulasan tentang filem ini .....



Release Date: 11th June 2009
Language: English
Rating: U
Genre: Comedy
Starring:
Matthew Perry, Leslie Mann, Michelle Trachtenberg, Zac Efron
Directed by:
Burr Steers
Local Distributor:Golden Screen Cinemas




Mike O'Donnell was once the most popular guy in high school - handsome, charming, the star of the basketball team, with a college scholarship in his future and a lifetime of experience that baffles even his closest friends. That was then, this is now - or is it? A magical transformation finds Mike reliving his past in the present day as a 17-year-old in the same high school he attended 20 years ago. However, this time around, his own teenage kids are his peers and his wife is the unsuspecting object of his affection.

Wednesday, May 20, 2009

Exam .... exam ...

Sekarang skol Yus tengah exam , so dapatlah Yus rest jap ..... paper Yus ary Khamis kol 2 - 3 petang .... Yus harap students Yus dapat menjawab soalan yang Yus prepare ... So to all my students in Sri Olympia High School .. Good Luck to U All

Monday, May 18, 2009

Terima Kasih Cikgu .....




Assalamualaikum .....


Tahun ini kita menyambut Hari Guru serba sederhana tapi dengan azam untuk mendidik anak bangsa kita dengan lebih kuat lagi .... Yus juga nak ucapkan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada cikgu-cikgu Yus yang pernah mendidik Yus terutama dari SRK Francis Light 1988-1993 dan juga sekolah menengah Penang Free School 1994-2000 terima kasih cikgu . Yus juga nak rakamkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar , bekas pelajar dan sesiapa sahaja yang telah mengirimkan ucapan Hari Guru kat Yus ....


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



"Terima Kasih Cikgu"

Sunday, May 10, 2009

Sayang Mama ....


Assalamualaikum .....


Hye pe kabo ko org sume ..... Tahun ini Hari Ibu disambut sederhana tapi penuh makna . Yus pun sempat la bagi kek Hari Ibu kat mama Yus . Bukan benda yang ibu kita tunggu tapi ucapan dan kuncupan sayang dari anak-anak yang menjadi tanda betapa dalamnya kasih kita terhadap ibu . Tanpa insan ini yang sanggup bergadai nyawa maka kita tak kan ada di dunia ini . So dikesempatan ini Yus nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu di Malaysia dan terutama sekali kepada mama Yus tercinta Pn. Zunaidah Hj. Naikmat ..... Terima kasih mama kerana sabar menjaga dan membesarkan anak mu yang nakal ini .....